Friday, October 9, 2009

Terima kasih abah.

Sedang asyik aku memandang kipas siling bilik aku berpusing-pusing ,serentak minda aku turut berpusing,berputar-putar mengingati kenangan lepas aku …kenangan waktu aku mula-mula menjejakkkan kaki ke kolej ini….

Aku masih ingat lagi pada malam itu,aku dengan abah terpaksa menumpang kereta proton saga merah bapa sedara aku.masa itu hujan turun lebat sangat…aku duduk di kerusi belakang.melayangkan pandangan aku ke luar tingkap ..Cuma kadang-kadang telinga aku menangkap perbualan di antara abah aku dengan bapa sedara aku.(pak muda)…entah kenapa aku terasa sayu sangat masa itu,teringat betapa susahnya abah aku mencari orang yang boleh menghantar aku ke stesen bas petang tu..yelah,kami mana ada kereta ..motosikal usang di rumah itu pun pak su kami yang belikan.

Dekat setengah jam ,kami sampai di stesen bas…hujan makin lebat.aku tak tahu macam mana nak keluar dari kereta itu.payung pun aku terlupa nak bawa.akhirnya aku buka pintu kereta dan berlari-lari anak ke tempat teduh.aku tengok abah pun tergesa-gesa keluar dari kereta dan pergi ke but belakang kereta untuk mengambil beg aku.aku kasihan tengok abah,jadi aku tebalkan muka aku untuk meminjam payung daripada seorang lelaki di situ.aku cepat-cepat pergi tolong payungkan abah.tapi,baju abah sudahpun basah lencun masa itu.selepas siap semua beg diangkat ke suatu sudut di stesen bas,abah pun pergi mendapatkan pak muda dalam kereta merah tadi.aku tak tidak pasti abah nak buat apa.tapi aku tengok abah mengeluarkan beberapa not duit dari uncang usang dia yang berwarna kelabu itu dan menghulurkannya kepada pak muda.aku pun tak tahu kenapa,setiap gerak geri abah buat aku terasa sayu.

Dekat sejam lebih kami tunggu bas dari KB,batang hidung bas pun kami tak nampak.aku beritahu abah aku yang aku tak tahan sejuk air cond bas,sudahlah masa itu baju dengan seluar aku pun basah sedikit..nak pakai baju sejuk,baju sejuk pun aku tak ada.abah diam..lama dia memerhatikan aku,lepas itu dia pun cakap,”abah bawa selimut..umi yang letak dalam beg petang tadi”.aku tengok abah,lepas itu aku tengok beg pakaian abah yang sudah buruk itu.beg warna biru dengan kuning itulah yang abah selalu guna sejak dari dulu lagi bila dia nak keluar pergi mana-mana.contengan2 adik dengan pen, marker dan macam2 lagi memenuhi kulit beg itu.aku Aku cuma melihat beg itu..fikiran aku kosong..betul-betul kosong.aku tahu abah pun tidak pernah membeli baju sejuk.baju dia pun ada beberapa helai sahaja.

Lebih kurang pukul sebelas malam,bas akhirnya tiba.kami duduk bersebelahan.aku segera keluarkan stoking dari beg galas aku dan pakai.tapi,aku tetap rasa sejuk.aku lihat abah keluarkan selimut dari beg dia.abah hulur selimut itu kepada aku.aku tanya abah,abah tak sejuk ke?sebab aku tengok baju abah pun basah.abah kata tak mengapa.abah boleh tahan sejuk.Aku tahu,dekat rumah pun abah tidur pakai stoking ,selimut berlapis-lapis ..,macam mana abah nak tahan.tapi,aku tetap menggunakan selimut yang abah bagi itu sampailah aku tertidur.Pukul dua pagi aku tersedar .aku tengok badan abah menggeletar menahan sejuk.aku letak tangan aku pada badan abah…sejuk sangat-sangat..lama aku tenung muka abah.air mata aku mengalir tanpa aku sedar.aku buka selimut luas-luas dan aku selimutkan abah..abah terjaga.abah pandang aku.Apa yang mampu lagi aku ucapkan pada masa itu.aku cuma tersengih pada abah.

Pukul empat pagi,bas akhirnya berhenti di Sungai Petani.lepas turun daripada bas,abah membawa aku ke tempat makan terletak tak jauh dari stesen bas.lepas makan ,kami naik kereta sapu pergi ke hospital.pak cik kereta itu menunjukkan kami tempat pendaftaran.hari masih lagi gelap,jadi aku dengan abah terpaksa pergi menunggu di sebuah tempat khas untuk menunggu di dalam hospital itu sampai subuh.selesai mandi dengan solat.aku dengan abah menjinjit beg-beg pakaian aku ke kolej.aku tengok semua orang datang dengan kereta besar-besar.bila aku tengok abah yang berjalan di tepi aku,hati aku tiba-tiba sebak.aku bukannya malu tatkala melihat orang lain menaiki kereta,sedangkan aku hanya berjalan kaki.tetapi aku sedih..sebab aku tahu abah mesti rasa bersalah sebab dia tidak dapat hantar aku dengan kereta macam abah-abah orang lain.

Selepas selesai proses pendaftaran,aku pergi mengambil nasi yang disediakan oleh senior sebanyak 3 bungkus.hati aku berdetik,mungkin mereka fikir aku datang dengan umi aku sekali.kemudian aku pergi menghantar beg-beg aku ke dalam bilik dan kemudian aku turun untuk berjumpa abah buat kali yang terakhir sebelum abah pulang ke kampung.aku simpan 1 bungkus nasi untuk aku,2 bungkus lagi aku berikan kepada abah.abah aku kata bolehlah jimat duit hari itu,sebab tak payah beli makanan.aku cuma tersenyum.abah kata ada seorang lelaki yang dia kenal di situ.Bapa kepada salah seorang kawan baru aku di situ.pak cik itu mengajak abah aku balik ke Kelantan dengan dia.mungkin Allah memang hendak menolong abah.. abah memang harus pulang petang itu juga sebab kami tiada sedara mara di Kedah.

Aku tidak ingat pukul berapa masa itu,abah kata dia dah nak pulang,dan nak pergi mencari pak cik tadi.aku hulurkan tangan untuk bersalam dengan abah.aku mencium pipi abah.ramai orang tengok tetapi aku tidak kisah sebab adik beradik kami memang akan buat macam itu setiap kali sebelum pergi dan pulang dari sekolah..sejak dari kecil lagi sampailah semuanya sudah pun besar panjang.selepas bersalam dengan abah, abah pesan supaya aku menjaga diri aku baik-baik.aku tengok abah pergi berjalan keluar dari lobi kolej.mata aku berkaca,bukan kerana aku sedih kerana terpaksa tinggal di sini seorang diri,tetapi di saat abah berjalan semakin jauh dari tempat aku berdiri,aku teringat kembali segala kenangan dan pengorbanan abah aku kepada aku…bukannya mudah untuk aku sampai ke sini….

abah..mintak maaf sebab terpaksa menyusahkan abah.abah...segala jasa dan pengorbanan yang abah lakukan kepada ‘orang’ tidak akan ‘orang’ sia-siakan..’orang” sayang abah..terima kasih abah..

Sekadar bercerita-

~S!RRuS S!RR~.

( 3 mei 2009)

4 comments:

Nor Syuhada said...

sedih...
:((((..
da nangis .. huhuhu

nur almas alias said...

ni kisah benar.kakak sya sdri yg tulis.hehehe~~:)

miss shydateddy said...

mas..org dh nangis tau bce cite ni..
:"(

nur almas alias said...

:) *weeee!~*